Thursday, 29 December 2011

SAMBAL UDANG

THIS ONE IS MY HUSBAND FAVOURITE FOOD...



BAHAN-BAHAN:
500gm udang sederhana besar dibersihkan
3/4 cawan santan kelapa
1 1/2 biji bawang besar dipotong bulat
1 asam keping @ 1/2 cawan air asam jawa
sedikit minyak masak
2 camb gula boleh kurangkan ikut suka
3 camb cili kering yang dikisar
garam, ajinomoto

CARA MEMBUATNYA:
  1. Tumiskan cili sehingga cili kelihatan masak dan keperangan.
  2. Masukkan santan kelapa. Biarkan seketika lalu masukkan udang dan bawang besar. Pastikan api sentiasa kecil.
  3. Masukkan asam keping, garam, gula dan ajinomoto. Kacau rata dan biarkan seketika.
  4. Last sekali, bila udang dah masak dan bawang pun dah lembut bolehlah di angkat dan dihidang dengan nasi lemak.


ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN-BAHAN:
3 ketul ikan pari(ikut saiz yg disukai)
7 biji cili padi
2 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
2 keping asam keping
1/2 paket serbuk kari ikan
belacan(sebesar ibu jari tangan)
segenggan daun kesum
setangkai bunga kantan
sebiji timun
garam dan bahan perasa
air

CARA MEMBUATNYA:

  • kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang
  • masakkan bhn kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak
  • masukkan asam keping
  • tambahkan air
  • masukkan ikan pari
  • masukkan daun kesum dan bunga kantan
  • tambah garam dan perasa
  • potong timun menyerong dan masukkan dlm asam pedas
  • biar mendidih sehingga ikan dan timun masak, hidangkan

Wednesday, 28 December 2011

KEK NAKHODA




· 8 biji telur


· 1 tin kecil seri kaya


· 1 botol kecil horlick


· 4 sudu meja milo


· 4 sudu meja browning(merah)


· 2 gelas gula halus(1½)


· 16 Oz mentega


· 2 gelas tepung (1½ gelas)


· 1 tin susu manis


Mentega susu dan kaya, digaul ditempat lain sampai kembang. Telur dipukul dgn gula hingga rata. Bila rata dan kembang barulah masukkan tepung dan horlick,milo dan browning. Lepas itu kukus sampai masak. Lepas itu dibakar sekejap, boleh juga dibakar.4 hours until it cook. Lepas itu hidangkan. Lepas itu makan.

KEK DEWAN PARLIMEN



· 10 biji telur


· 16 Oz mentega


· 2 gelas gula halus


· 2 gelas tepung roti marie


· ½ tin susu manis


· 1 tin kecil sri kaya


· 1 kati roti koko puff(600g)


· 1 botol kecil horlicks

Mentega dipukul dgn gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis. Kacaukan hingga sebati, selepas itu masukkan susu bersama seri kaya. Kemudian masukkan tepung roti ,horlicks. Akhir sekali masukkan roti, koko puff. Gaulkan hingga rata. Kemudian sediakan acuan. Kukuskan adunan tadi.

P/S: RESIPI NI MERUPAKAN RESIPI DARI ZAMAN IBU SAYA.. SEDAP SANGAT....